Sunday, November 23, 2008

Serba Ringkas tentang diri ni...

Aku dilahir kan pada tahun 1979 di Pulau Pinang.Setelah tamat sekolah menengah pada tahun 1996 aku melanjutkan pelajaran Universiti Teknologi Malaysia dalam bidang Sains Komputer.Tamat belajar terus dapat berkhidmat dengan kerajaan.Jabatan pertama aku ialah Jabatan Ukur dan Pemetaan Negeri Selangor di Shah Alam. Di sini la aku mula belajar tentang G.O. , L.O dan sebagainya.Ingat2 balik memang banyak ilmu aku perolehi di sini.Setelah 4 thn 1/2 di Shah Alam.aku minta tukar balik bekerja kampung Halaman.

Mei 2005 bermula la lembaran baru dalam hidup aku...

1 minggu mendarat di Pulau Pinang..aku telah dirisik dan 2 minggu lepas itu aku dah menjadi tunangan orang. Aku melalui 2 fasa penting dalam hidup aku.Aku belajar menyesuaikan diri di pejabat baru. Kadang-kadang aku rasa seperti aku berada di dunia lain.Setelah lapan tahun duduk di KL...balik ke kampung sendiri..aku mengambil masa untuk sesuaikan diri..Pun begitu pengalaman di pejabat lama banyak membantu aku.Aku tidak banyak berdepan dengan masalah kerja...cuma aku susah nak cari teman..semua teman-teman rapat aku berada di KL..nak cari teman baru bukan senang.namun begitu, kecangggihan teknologi sekarang sentiasa mendekatkan aku dengan teman-teman lama..


Visit My Trail

No comments: